Wednesday, December 15, 2010

Kek Pertunangan

Kek ini ditempah oleh rakan sekerja ku sempena majlis pertunangannya. Choc Moist Cake With Ganache 1.5kg. Tak sangka sungguh bila dia memberi tahu nama lelaki yang berani melamarnya...Najib. Najib juga rakan sekerja ku. Rupa-rupanya menjadi juga usikan teman-teman. Masih terbayang wajah Si Najib bila mana Ust Nordin mengusiknya bila nampak Nisah lalu...Hehe...saat hati berdebar2...
Seronok sangat bila saya pergi ke rumah Nisah semasa menghantar kek ni. Mereka sekeluarga mmg menghormati tetamu. Dari ayah, ibu, kakak dan adik Nisah turut datang mengucapkan terima kasih pada ku. Saya terharu kerana apa yang saya buat itu bukanlah perkara besar tapi pandai sungguh mereka menghargai tetamu. Insyaallah, saya juga akan menerapkan sifat ini dalam family kecil saya. Apa pun tahniah dan semoga bahagia hingga ke syurga. Terima kasih Nisah sbb order kek ni sebagai hantaran. Sayang Nisah, semoga berbahagia selalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...