Tuesday, December 21, 2010
Monday, December 20, 2010
Tempahan ELMO
Terima kasih Kak Yan kerana menempah cc saya. Kak Yan mahukan design ELMO & the Gang. So saya pun happylah buat design ni. Saiz cc ni 1oz (mini solo cup) sangat sesuai untuk di bawa ke TADIKA / PRASEKOLAH/ SEKOLAH untuk majlis anak-anak. Budak memang sukakan isingnya aje...apapun saya selalu make sure merekapun sukakan basenya juga...Choc Moist!
Tempahan
Wednesday, December 15, 2010
Vanila Cake & Buttercream
Birthday Cupcake
Doorgift in Butterfly Box
Choc Moist - 4oz
Choc Moist Cupcake & Buttercream
Tempahan kali ini datangnya dari sahabat adik saya bernama Ada. Baru pertama kali kenal kami sudah mesra. Inilah kelebihan Ada, tidak cerewet dan memahami. Walaupun tinggal di Nilai, Ada menuntut di UITM Shah Alam, jadi tidak menjadi masalah untuk saya deliver cc ini. Kata Ada dia amat sukakan rasanya dan menempah lagi sekali, namun dia meminta toping ising gula. Terima kasih Ada atas sokongan Ada. Semoga Ada berjaya dalam pengajian dan terima kasih kerana menyokong HalimaDelights.
Choc Moist Cupcake With Oreo & Royal Icing
Sebenarnya ini pertama kali saya membuat ising gula. Tempahan ini dari sahabat adik saya yang reorder selepas menempah Choc Moist & Buttercream. Mereka mmg penggemar cupcake. Saya amat takut kalau-kalau toping yang saya buat ini tidak menjadi. Namun alhamdulillah, saya gembira kerana dapat memberikan yang terbaik buat Ada & adiknya. Selamat menjamu selera dan terima kasih atas sokongan Ada buat akak.
Kek Pertunangan
Kek ini ditempah oleh rakan sekerja ku sempena majlis pertunangannya. Choc Moist Cake With Ganache 1.5kg. Tak sangka sungguh bila dia memberi tahu nama lelaki yang berani melamarnya...Najib. Najib juga rakan sekerja ku. Rupa-rupanya menjadi juga usikan teman-teman. Masih terbayang wajah Si Najib bila mana Ust Nordin mengusiknya bila nampak Nisah lalu...Hehe...saat hati berdebar2...
Seronok sangat bila saya pergi ke rumah Nisah semasa menghantar kek ni. Mereka sekeluarga mmg menghormati tetamu. Dari ayah, ibu, kakak dan adik Nisah turut datang mengucapkan terima kasih pada ku. Saya terharu kerana apa yang saya buat itu bukanlah perkara besar tapi pandai sungguh mereka menghargai tetamu. Insyaallah, saya juga akan menerapkan sifat ini dalam family kecil saya. Apa pun tahniah dan semoga bahagia hingga ke syurga. Terima kasih Nisah sbb order kek ni sebagai hantaran. Sayang Nisah, semoga berbahagia selalu.

Sunday, December 5, 2010
Thursday, December 2, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Doorgift
Subscribe to:
Posts (Atom)